Isnin, 30 Januari 2012
Baju Melayu
Jumaat, 17 Jun 2011
Langkawi Here I Come (After 5 Yrs) Slideshow
Selasa, 9 Februari 2010
Leech Therapy
Sejarah Penggunaan Lintah di dalam Perubatan
Kaedah perubatan menggunakan lintah bermula daripada tamadun kuno Mesir pada 3000 tahun yang lalu. Ia digunakan untuk mengeluarkan darah kotor dari tubuh melalui proses pembekaman. Juga diguna pakai oleh para wanita Mesir pada waktu tersebut dengan meletakkan lintah di telinga masing-masing untuk menjadikan pipi kemerahan dan mata berkilau. Dikatakan mampu menjadikan mereka bertenaga untuk menari sepanjang malam.
Tamadun India dan Greek mencatatkan bahawa kaedah berbekam menggunakan lintah merupakan kaedah perubatan kuno mereka. Rusia juga dilaporkan menjadikan lintah sebagai salah satu perubatan kuno mereka selain daripada herba dan lebah.
Kaedah berbekam menggunakan kaedah lintah terus masyhur sehingga diikuti oleh Eropah sehingga berakhir di kemuncaknya pada abad ke 19 apabila kekurangan lintah untuk digunakan dalam perubatan. Ia terbukti apabila pada tahun 1833 lintah merupakan sektor perniagaan utama di Eropah. Secara khusus dapat kita perhatikan pada tahun 1829 dan 1836 penggunaan lintah di hospital Paris mencecah 5-6 juta ekor setahun.
Di dalam perubatan kuno, lintah digunakan untuk mengeluarkan darah kotor dengan cara berbekam, segala penyakit di kepala, obesiti, buasir, radang buah pinggang, radang pada rongga badan, merangsang mata dan masalah mental. Kaedah perubatan menggunakan lintah berhenti pada tahun 60 an.
Di dalam perubatan moden, penggunaan lintah mula dipandang kembali oleh para pengkaji yang mengetahui keistimewaan lintah ini. Bermula pada tahun 80 an perubatan menggunakan lintah kembali dengan nama “hirudotherapy” atau “leech therapy” mendapat tempat secara khusus di dalam surgeri berkaitan pembedahan plastik dan pembedahan pembinaan semula anggota seumpama hidung, bibir, kening, telinga, kulit kepala, jari, pinggul dan kaki.. Di dalam pembedahan seumpama ini jika tidak diselesaikan dengan segera darah akan membeku dan tisu akan mati, maka lintah benar-benar membantu di dalam situasi ini. “Hirudin” yang terdapat di dalam liur lintah mampu mengelakkan darah membeku dan “histamina” yang ada pada lintah dikatakan mampu membesarkan saluran pembuluh darah sekali gus mampu memperbaiki sistem pengaliran darah dan penyakit jantung.
Rembesan air liur lintah mengandungi lebih dr 100 bahan biologi aktif yang mempunyai fungsi sebagai anti-bengkak, antibakteria, tahan sakit, memperbaiki pengaliran darah, memperbaiki salur darah dalam tisu dan organ, menghilangkan hypoxia (kurang oksigen), mengurangkan tekanan darah yg tinggi, mengkatkan sistem tahan badan, membuang toxic badan dan mengurangkan komplikasi seperti infarksi (kematian tisu badan), strok dan meningkatkan bioenergy (tenaga badan).
Walaupun begitu, penggunaan lintah juga terdapat kelemahannya. Kelemahan lintah di dalam perubatan ialah;
1) Hanya boleh digunakan satu lintah untuk satu pesakit. Jika digunakan seekor lintah untuk lebih dari seorang pesakit kemungkinan virus seumpama hepatitis B dan HIV berpindah kepada individu kedua. Walaupun belum ada bukti yang tercatat mengenainya perpindahan HIV akan tetapi kaedah satu lintah untuk satu pesakit adalah langkah pencegahan.
2) Terdapat bakteria yang berada di dalam usus lintah. Bakteria yang bernama Aeromonas hydrophila. Terbukti ramai pesakit yang menggunakan lintah dalam perubatan juga dijangkiti bakteria ini. Cara terbaik untuk elak jangkitan bakteria ini adalah dengan menyapukan antibiotik seumpama gentamicin, amikacin, chloramphenicol dan tetracycline di tempat luka sebaik saja lintah meninggalkannya.
3) Memerlukan lintah lapar untuk perubatan. Ini kerana lintah yang kenyang mampu bertahan dalam tempoh yang lama. Lintah kenyang tidak akan memakan mana darah sehinggalah tiba waktunya.
Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, lintah juga di ekstrak untuk dihasilkan krim, minyak dan sebagainya. Ia telah di iktiraf di Amerika sebagai ubat dan di sahkan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika (FDA). Di barat hasil kajian berjaya menghasilkan pil jantung.
Harus kita ingat bahawa, penggunaan lintah (di Malaysia) untuk pengeluaran produk masih dalam peringkat R&D
Kegunaan Lintah dan Penyakit yang disembuhkan menggunakan Lintah
Kegunaan;
1) General Reflexogenic (refleksologi)
2) Hypotensive bloodletting (pengaliran darah tekanan rendah)
3) Immunopotentiating (stimulasi imunisasi)
4) Internal decongestion(bahan penguraian dalaman)
5) Bacteriostatic (antibiotik)
6) Anticoagulant (antibeku darah)
7) Anti-inflammatory (anti radang)
8) Antithrombotic (anti sumbatan(trombus)
9) Local anti-edematous (anti- bengkak)
10) Thrombolytic (pelerai sumbatan)
11) Analgesic (tahan sakit)
12) Removal of microcirculation disorders (mengurai masalah saluran darah)
13) Antiatherosclerotic (anti pengerasan salur darah)
14) Anti-ischemic (anti kurang oksigen dan pereputan tisu)
15) Removal of abnormal inter-system interactions (menghindar gangguan sistem dalam badan)
Penyakit yang disembuhkan;
1) Diabetes Melitus
2) Kelenjar Tyroid dan Kanser
3) Cedera Otot
5) Glaucoma
6) Myasthenia
7) Inflammatory reactions
8) Heart diseases
9) Rheumatic diseases
10) Tendovaginitis and tendonitis
11) Venous disease and varicose veins
12) Arthrosis
13) Arthritis
14) Muscle tension
15) Trombosis and embolism
16) Passive congestions and spastic conditions
17) Vertebrogenic pain syndromes
18) Transudates and exudates
Bahan yang terkandung dan yang dikeluarkan oleh Lintah
1) Hirudin
2) Hyaluronidase
3) Pseudohirudin
4) Destabilase
5) Apyrase
6) Bdellines
7) Eglines
8) Kininases
9) Histamine – like substances
10) Collagenase
11) Leech prostanoids
12) Inhibitor of Kallukrein of the blood plasma
13) Proteases
14) Lipolytic enzymes
15) Intibitor of Xa factor of the blood coagulation
16) Triglyceridase
17) Cholestrol esterase
18) Lipase
Perubatan Di dalam Islam
Jika kita meneliti dengan pengamatan yang tajam dan teliti di dalam Al-Quran nescaya kita akan temui tidak kurang daripada 416 ayat secara berulang yang menyebut tentang perubatan. Ini bukan bermaksud Al-Quran ini kitab perubatan, ia merupakan Kitab hidayah kepada manusia. Segala ayat-ayat tadi dikutip daripada Al-Quran sebagai bukti keagungan dan kehebatan Allah Taala.
Tidak timbul persoalan berubat merupakan penafian kepada qada qadar Allah Taala kerana apa sahaja teknik perubatan yang digunakan masih berlegar di bawah sunah ketetapan Allah Taala. Dia yang memberi kesembuhan dan kesakitan secara hakiki.
Mungkin boleh disimpulkan kaedah perubatan Islam berbeza berbanding perubatan lainnya pada beberapa perkara;
1) Berpaksi kepada keimanan dan yakin dengan qada dan qadar Allah Taala. Penyerahan mutlak kepada Allah Taala dalam keadaan mengambil segala sebab yang menyembuhkan sakit. Berhati-hati dan menjaga daripada ditimpa sakit merupakan juzu daripada ajaran Islam.
2) Tanaman ke dalam hati Umat Islam erti kesabaran dan redho dengan ketetapan Allah Taala. Bersyukur dan mengucapkan pujian kepada Allah jika disembuhkan. Ini merupakan keistimewaan yang diberikan Allah kepada orang beriman. Sabda Nabi J;
عَنْ صُهَيْبٍ، عَنِ النَّبِيِّ J ، قَالَ:"عَجِبْتُ مِنْ قَضَاءِ اللَّهِ لِلْمُسْلِمِ كُلُّهُ خَيْرٌ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ، فَشَكَرَ آجَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، فَصَبَرَ آجَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ"
Maksudnya: Daripada Nabi J bersabda: Aku merasa hairan dengan ketetapan Allah kepada seorang Muslim. Semuanya menguntungkan. Jika menimpanya kebaikan, dia bersyukur nescaya Allah anugerahkan pahala. Jika menimpanya kecelakaan, dia bersabar nescaya Allah anugerahkan juga pahala.
Oleh sebab itu, Mukmin yang kuatnya imannya pasti akan kuat tubuhnya. Jauh dari penyakit emosi dan perasaan ingin membunuh diri. Tidak ada di dalam kamus Mukmin penyesalan, putus asa dan hilang harapan.
3) Islam menganjurkan mencegah sebelum mengubati. Di antara konsep pencegahan daripada terkena penyakit yang diajarkan oleh Islam
i) Kebersihan itu sebahagian daripada Iman
ii) Sentiasa berpada-pada dengan makanan. Kerana perut punca segala penyakit.
iii) Jangan mendekati kawasan yang diserang penyakit menular.
iv) Diharamkan memakan makan yang memberi mudarat kepada tubuh.
4) Islam menggesa penganutnya supaya berubat dan menjaga tubuh badan. Ini kerana tubuh badan merupakan amanah Allah kepada manusia yang wajib dijaga sebaik-baiknya. Sabda Nabi J:
قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، نَتَدَاوَى ؟ قَالَ : تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يُنْزِلْ دَاءً إِلا وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلا الْهَرَمَ
Maksudnya: Bertanya sahabat kepada baginda: Apakah kami boleh berubat? Jawab baginda: Berubatlah kalian, sesungguh Allah tidak menurunkan penyakit kecuali bersamanya ubat kecuali penyakit tua.
5) Islam memperluaskan kaedah perubatan. Tidak hanya semata-mata dengan ubat, pembedahan, pemeriksaan kesihatan dan selainnya akan tetapi juga disertakan perubatan dengan menggunakan Al-Quran, doa-doa ma’thur yang menjadikan hati semakin kuat dan sihat daripada penyakit.
Secara kesimpulannya, boleh dikatakan Islam membina konsep perubatan yang menggabungkan di antara maddi dan ruhi, antara zahir dan batin.
Hukum menggunakan Lintah di dalam Perubatan
Terdapat hadis & dalil yang terlalu banyak berhubung perubatan menggunakan lintah. Kesemuanya secara khusus di dalam kaedah berbekam. Disebutkan di sini dalil-dalil utama sahaja;
1) Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie, al-Hakim, Ahmad dan at-Tabrani;
عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ جَاءَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ فِى أَهْلِنَا وَرَجُلٌ يَشْتَكِى خُرَاجًا بِهِ أَوْ جِرَاحًا فَقَالَ مَا تَشْتَكِى قَالَ خُرَاجٌ بِى قَدْ شَقَّ عَلَىَّ. فَقَالَ يَا غُلاَمُ ائْتِنِى بِحَجَّامٍ. فَقَالَ لَهُ مَا تَصْنَعُ بِالْحَجَّامِ يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أُرِيدُ أَنْ أُعَلِّقَ فِيهِ مِحْجَمًا. قَالَ وَاللَّهِ إِنَّ الذُّبَابَ لَيُصِيبُنِى أَوْ يُصِيبُنِى الثَّوْبُ فَيُؤْذِينِى وَيَشُقُّ عَلَىَّ. فَلَمَّا رَأَى تَبَرُّمَهُ مِنْ ذَلِكَ قَالَ إِنِّى سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ J يَقُولُ « إِنْ كَانَ فِى شَىْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِى شَرْطَةِ مَحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةٍ مِنْ عَسَلٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ ». قَالَ رَسُولُ اللَّهِ J « وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِىَ فَجَاءَ بِحَجَّامٍ ». قَالَ فَشَرَطَهُ فَذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.
Maksudnya: Daripada A’sim bin Umar bin Qatadah berkata: Datang bertemu keluarga kami Jabir bin Abdullah dan terdapat seorang lelaki yang mengadu bengkak bernanah yang menimpanya atau luka. Maka Jabir berkata: Kenapa kamu mengeluh?. Dia menjawab: bengkak nanah di tubuh ku yang menyusahkan aku. Jabir berkata: Wahai budak, bawak ke sini tukang bekam. Dia berkata: Apa yang engkau nak buat dengan tukang bekam wahai Abu Abdullah. Jabir berkata: Aku ingin letakkan mangkuk bekam pada kawasan bengkak nanah itu. Dia berkata: Demi Allah, lalat sahaja tersentuh kawasan bengkak itu atau baju yang tersentuh dah amat menyakitkan aku dan menyusahkan. Apabila Jabir melihat tidak yakinnya untuk berbekam. Dia berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah J bersabda:” Jika ada kesembuhan pada salah satu dari ubat-ubat kalian, nescayalah pada pisau bekam atau meminum madu atau menempelkan besi panas”. Bersabda Nabi J: “Aku tidak suka berubat menggunakan besi panas”. Asim berkata: Maka dia membawa datang tukang bekam dan menghiris kawasan luka maka hilanglah segala bengkak nanah di tubuhnya.
Keterangan:
i) Berkata Imam Nawawi: “Hadis ini di antara perkara yang mengagumkan di dalam perubatan pada mereka yang spesialis. Ini kerana penyakit lebihan hanya berlaku pada darah atau hempedu atau lendir hitam atau kahak. Jika pada darah maka cara mengubatnya dengan mengeluarkan darah. Jika pada tiga terakhir yang berbaki maka cara mengubatnya dengan cara beri pelancar (metabolik stimulan) dengan bahan pelancar yang sesuai dengan setiap ramuan dicampurkan dengannya (madu). Seolah-olah baginda Nabi J memberi peringatan dengan madu sebagai pelancar (metabolik stimulan), juga peringatan dengan hijamah, fasodah, meletakkan lintah dan selainnya yang semaksud dengannya. Baginda menyebut perubatan dengan besi panas kerana ia digunakan ketika ubatan secara minuman dan seumpamanya tidak memberi manfaat. Perubatan terakhir ialah menggunakan besi panas”
ii) Berkata Badruddin Al-Aini: “(Penyembuh pada tiga benda) Nabi J tidak memaksudkan daripada sabda baginda J pada tiga itu sahaja. Penyembuh mungkin juga dari selainnya akan tetapi baginda menyebut dengan tiga penyembuh ini kerana ia paksi penyembuh. Ini kerana sakit tidak terlepas disebabkan darah atau hempedu atau bendalir hitam atau kahak. Pada darah dengan mengeluarkannya iaitu dengan cara berbekam di kepala. Nabi J menyebut secara khusus berbekam di kepala kerana Arab banyak melakukannya dan mengenalnya berlainan dengan berbekam di tubuh. Walaupun ia termasuk di dalam kategori berbekam juga akan tetapi tidak menjadi kebiasaan mereka. (pisau bekam) termasuk bekam pada tubuh, meletakkan lintah dan selain keduanya yang memberi maksud seumpama keduanya...”.
2) Al-Baihaqi dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan;
وَرُوِّينَا عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، مُرْسَلا ، خَيْرُ الدَّوَاءِ السَّعُوطُ ، وَاللَّدُودُ ، وَالْحِجَامَةُ وَالْمَشْيُ وَالْعَلَقُ
Maksudnya: Diriwayatkan kepada kami daripada as-Sya’bi daripada Nabi J secara mursal: Sebaik-baik ubat ialah dimasukkan ke hidung, ubat disuapkan ke mulut, berbekam, berjalan ke tandas (julap) dan lintah.
3) Hadis yang diriwayatkan oleh A’mir secara mursal;
حديث عامر : خَيْرُ الدَّوَاءِ العَلَقُ والحِجَامَةُ
Maksudnya: Sebaik-baik ubat ialah lintah dan berbekam.
Keterangan: Hadis yang kedua dan ketiga tidak boleh dijadikan hujah;
i) Kedudukan kedua-dua hadis ini mursal.
ii) Kemungkinan maksud al-alaq di situ bukan membawa maksud lintah akan tetapi kain yang digantung kepada kanak-kanak yang diserang penyakit tonsil (العُذْرَة) sehingga berdarah. Ibu kanak-kanak akan menggulung kain dan dimasukkan ke hidung lalu menekan kepada kawasan sakit. Darah hitam akan keluar dengan perbuatan tersebut. Ia juga proses membuang darah kotor kepada kanak-kanak tersebut. Panjang lebar dibahaskan di dalam kitab-kitab hadis berhubung perbuatan sebegini sama ada dibenarkan atau dilarang.
4) Adat kebiasaan daripada zaman salaf as-soleh yang tidak menafikan untuk menggunakan lintah dalam perubatan.
Daripada dalil-dalil yang dikemukakan dapat diambil kesimpulan bahawa penggunaan lintah di dalam perubatan dahulu hanya sebagai pembuang darah kotor atau di dalam kata lain sebagai kegunaan luaran sahaja. Dengan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini, kegunaan lintah diperluaskan lagi.
Kesimpulan Perbahasan
1) Lintah diguna pakai pada zaman dahulu hanya sekadar untuk mengeluarkan darah kotor
2) Imam Nawawi, Imam al-Aini dan selain mereka mengiktiraf perubatan menggunakan lintah.