Isnin, 3 Ogos 2009
Carver Cove Chalet @ P. Perhentian
Present By:
Carver Cove Holiday
26-2A, Jalan Bandar 3,
Pusat Bandar Puchong,
47100 Puchong,
Selangor DE.
Ofc: +603 5882 9304
Fax: +603 5882 9314
email: carvercove@gmail.com
Contact Person:
Mr. Khairulnizam Daud @ +60123200476
Mr. Roslan Ahmad @ +60129770018
Sabtu, 27 Jun 2009
Kisah Katak Dalam Kolam
Cerita ni saya dapat dari seorang kawan lama. Mungkin boleh jadi pengajaran pada anda.
Pada zaman dahulu, ada seekor katak yang tinggal dalam kolam yang besar dan cantik. Setiap hari katak ini akan menjerit “Ownk, ownk”. Dia tidak henti-henti menjerit dan berkomunikasi dengan katak-katak lain yang berada dalam kolam besar tersebut.
Setelah sekian lama katak ni menjerit, dia mula berfikir.. “Ada orang lain dengar ke aku dok menjerit ni? Adakah usaha aku selama ni sia-sia je? Atau memberikan kesan yang sangat sikit pada komuniti katak dan haiwan lain di sini?”
Setelah berfikir panjang, katak tersebut mengambil keputusan untuk berhijrah ke kolam lain. Dia pun mulalah berjalan dan melompat, berjalan dan melompat sampailah ia ke sebuah kolam kecil yang cantik dan jernih airnya.
Di kolam tersebut, terdapat komuniti katak yang sedikit dan sangat mesra alam. Maka katak tersebut sekali lagi membuat keputusan (katak pun pandai buat keputusan dengan cepat) untuk menetap di kolam tersebut.
Di kolam baru itu, katak ini pun mulalah berkomunikasi seperti dulu “ownk, ownk” tetapi kali ini apa yang diperkatakan oleh katak ini didengari dan dihargai oleh setiap komuniti dalam kolam tersebut.
Malah kehadiran katak tersebut telah memberi impak maksima kepada komuniti di situ. Apa yang diperkatakan sentiasa didengari. Idea bernas yang dikeluarkan juga sangat dihargai.
Maka katak tersebut kini berpuas hati kerana dalam kolam kecil itu kini dia lebih berharga dan dapat memberi impak maksima kepada warga lain dari duduk di kolam yang berprestij dan besar tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Moral dari cerita ini. Adakah anda sekarang berada disituasi kolam besar atau kolam kecil? Adakah apa yang anda katakan didengari dan adakah anda memberi sumbangan kepada komuniti anda?
Nota: Dalam cerita katak ini tiada katak atau haiwan lain yang tercedera atau mati. Tak seekor pun katak atau haiwan lain dalam cerita ini yang ada kena mengena dengan katak (atau manusia atau haiwan lain) yang hidup atau yang mati.
Rabu, 10 Jun 2009
Scam Alert: SMS Cabutan Bertuah Power Root
Setelah sekian lama sms penipuan semakin kurang. Namun, apabila peraduan Jadi Jutawan Bersama Power Root semakin terkenal, penipu indonesia semakin licik. Tidak hanya dengan sms, malah ada yang lebih ekstrim untuk menelefon mangsa yang kononnya mereka memenangi sejumlah wang daripada Power Root.
Abang ipar saya turut menerima panggilan yang kononnya beliau memenangi RM20,000 daripada Power Root. Nasib baik beliau segera menelefon saya untuk bertanya samada ianya betul atau tidak. Ia sebenarnya adalah penipu daripada indonesia. Mungkin sebab orang Malaysia memang senang kena tipu apabila melibatkan wang ringgit.
Biasanya nak dapat duit, duit sendiri tergadai. Bak kata pepatah ” yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Inilah matlamat utama blog ini dibina. Elakkan orang ramai daripada tertipu dengan pelbagai helah penipu di internet mahupun teknologi sms.
Walaupun dah didedahkan banyak kali dimedia, pasti ada yang tertipu kerana tidak alert dengan berita semasa dan teruja dengan tawaran yang ditawarkan penipu indonesia ini. Seperti pada akhbar harian metro hari ini, dimana penipuan sms ini kembali setelah lama agak senyap. Mungkin disebabkan sambutan Peraduan Power Root musim kedua ini.
Penipu mengambil kesempatan daripada iklan power di media masa seperti TV untuk menarik minat mangsa yang kononnya telah terpilih untuk memenangi wang RM10,000, RM20,000 dan sebagainya. Ini adalah keratan artikel daripada Harian Metro yang mendedahkan taktik penipuan ini:
PUTRAJAYA: Sindiket menipu orang ramai melalui SMS kembali aktif dan kali ini, sindiket yang dipercayai didalangi warga Indonesia itu menggunakan nama syarikat tertentu bagi mengaburi mangsanya.
Dalam kes terbaru, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 20-an, dari Bangi, berkata dia terkejut apabila menerima SMS yang memaklumkannya memenangi wang tunai RM10,000 daripada peraduan yang dianjurkan syarikat pengeluar minuman itu.
“Saya tidak pernah menyertai mana-mana peraduan dan apabila secara tiba-tiba menerima SMS yang menyatakan saya memenangi wang sebanyak itu, saya jadi keliru.
“Saya pernah membaca dalam akhbar mengenai orang ramai yang menjadi mangsa penipuan seperti ini,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.
SMS dari talian 014-956xxx itu seperti berikut: ‘Congratulations! Nombor Telefon Anda tlh b`jaya Mendptkan hadiah Utama Wang RM10,000 dr…Sila telefon 012-812xxxx No Pin 47xx017 Terima Kasih.’Wartawan Harian Metro kemudian menghubungi nombor 014-956xxxx tetapi tidak dijawab.
Bagaimanapun, ketika dihubungi nombor 012-812xxxx, panggilan itu dijawab seorang lelaki dan daripada dialek digunakan, ia dipercayai seorang warga Indonesia.
Ikuti perbualan antara wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai individu yang menerima SMS itu dengan lelaki itu.
Wartawan: Hello. Saya ada terima SMS yang katakan saya menang RM10,000 daripada peraduan.
Lelaki: Ya. Semalam, kami adakan peraduan cabutan bertuah bagi pengguna nombor telefon bimbit dan nombor kamu menang peraduan itu.
Wartawan: Tapi, saya tak masuk apa-apa peraduan.
Lelaki: Ya. Memang. Tapi nombor kamu dipilih daripada beribu nombor lain. Boleh kamu bagi nombor telefon kamu sebab kami mahu masuk komputer.
Wartawan: Betulkah ini peraduan dari…?
Lelaki: Ya. Memang betul. Bagi nombor kamu sekarang.
Wartawan: Boleh saya tahu pejabatnya di mana?
Lelaki: Pejabat kami di KLCC (Kuala Lumpur City Centre).
Wartawan: Boleh saya tahu nama kamu?
Lelaki: Haji Ahmad…Haji Ahmad Yusof. Kamu kena bagi nombor telefon kamu supaya boleh dimasukkan dalam komputer. Lagi cepat kamu bagi, lagi cepat kamu dapat duit.
Wartawan: Buat apa saya mahu bagi nombor saya sebab kan nombor saya sudah dipilih sebagai pemenang?
Lelaki: Memang. Tapi saya tak tahu nombor kamu.
Wartawan: Boleh saya tahu jawatan kamu di sini (KLCC).
Lelaki: Saya kerja opis.
Wartawan: Apa jawatan kamu di sini?
Lelaki: Kerja opis la.
Perbualan terhenti di situ apabila lelaki itu memutuskan talian. Wartawan Harian Metro cuba menghubungi nombor telefon bimbit itu sekali lagi tetapi tidak dijawab.
Harian Metro pernah mendedahkan taktik sama digunakan satu sindiket menggunakan nama beberapa syarikat.
Sumber: Harian Metro
Biasanya penipuan ini mengunakan jenama terkenal seperti Petronas, Astro, Akademi Fantasia, Power Root dan banyak lagi.
Jika anda menerima sms atau panggilan telefon yang kononnya anda memenangi peraduan sedangkan anda tidak menyertainya. Abaikan dan jangan mudah mempercayainya. Jika anda menyertainya, biasanya yang akan menelefon adalah Rosyam Nor dan ketika itu ianya secara langsung menerusi TV3.
Harap anda tidak tertipu..
Selasa, 19 Mei 2009
Are You Going To Finish Strong
Salam Sejahtera...
Saksikanlah insan yang istimewa ini, dan jadikanlah ia satu semangat untuk kita meneruskan kehidupan dan mengharungi cabaran dengan sifat-sifat sempurna yang telah dikurniakan oleh ALLAH swt kepada kita semua.
Wasallam.
Ahad, 17 Mei 2009
14 Kaedah Mencegah Kanser
1. Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-syuran, buah-buahan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.
2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
3. Jangan duduk saja ditempat kerja. Lakukan 'latihan' berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.
4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.
5. Kurangkan pengambilan makan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses sacara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.
6. Hentikan pengambilan alkohol bagi oranf Islam, alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah, alkohol boleh meningkatkan risiko kanser mulut, farinks, larinks esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.
7. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurangkan daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain.
8. gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.
9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.
10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.
11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut.
12. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan (daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawet dengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
13. Jangan merokok atau mengunyah tembakau. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.
14. Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan diatas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah kanser. Para penyelidik sendiri tidak mencadangkan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.
Ahad, 3 Mei 2009
Panduan Elak Kemalangan
Pada hari Selasa 28hb April lalu saya telah mengalami kemalangan kecil iaitu saya telah terlanggar kereta dihadapan saya pada kelajuan 30km/jam, pada waktu itu trafik agak perlahan kerana orangramai berebut untuk pulang kerumah pada pukul 5.30pm. Kereta Kembara dipandu oleh seorang wanita melayu dan ditemani oleh adik perempuannya mengalami sedikit kerosakan pada kanggaroo bar dan mudguard.
Tapi apa yang ingin saya kongsikan disini ialah keramahan pemandu wanita tersebut menghilangkan rasa panic saya, tidak seperti yang pernah saya lihat pada kemalangan yang membabitkan pertengkaran dan diakhiri dengan pergaduhan. Disini juga saya ingin berkongsi panduan untuk mengelak kemalangan yang mana mungkin dapat sedikit sebanyak membantu dalam perjalanan seharian kita.
Setiap tahun puluhan ribu kemalangan jalanraya dicatatkan, terutama ketika musim perayaan yang bukan saja menyebabkan kehilangan nyawa, malah turut menyebabkan kerugian harta benda, bayaran gantirugi oleh syarikat insuran, siasatan polis, kes mahkamah serta tekanan emosi dikalangan mangsa.
Sebahagian kemalangan itu boleh dielak jika semua pemandu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memastikan keadaan kenderaan sentiasa sempurna, terutama sebelum perjalanan jauh, mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan, bersabar dan mematuhi peraturan lalulintas.
Kadang-kadang, hanya kerana mahu berjimat atau suka bertangguh, tidak menukar tayar atau pad brek yang sudah haus menjadi punca kemalangan maut, menyebabkan kehilangan orang tersayang, berikut ialah sedikit panduan yang diharap dapat membantu pembaca menjadi pemandu berhemah.
SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.
JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had laju yang ditetapkan dalam apa jua keadaan.
SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta anda dengan kenderaan dihadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, lebihkan jarak kereta anda dengan kenderaan dihadapan atau belakang.
KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.
JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah hadapan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih kebahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tibia-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalanraya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.
MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.
KETIKA memandu di lebuhraya sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong tiba-tiba untuk keluar.
JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.
ELAK memandu ketika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti untuk menikmati secawan kopi panas yang pasti membuatkan diri anda lebih segar dan peka.
ANDA dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap bendalir brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan penggilap cermin sekurang-kurangnya sekali seminggu.
PERHATIKAN kereta dihadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.
JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa memandang kebelakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.
PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalanraya terutama sekali ketika memandu didalam cuaca buruk.
TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun kebawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.
Demikianlah sedikit sebanyak panduan yang dapat dikongsikan untuk keselamatan kita bersama. Dan saya berharap ianya memberi manfaat kepada kita sekeluarga.
Rabu, 22 April 2009
Etika Menjawab Telefon
Pastikan Tujuan
Memulakan Perbualan
Tidak salah menghormati orang lain apatah lagi majlis yang anda hadiri. Jangan bimbang dengan panggilan tidak berjawab kerana teknologi juga memungkinkan semua panggilan tidak berjawab direkodkan supaya anda boleh menghubungi semula individu yang membuat panggilan tadi.
Pilih Waktu
Hak Peribadi
Selasa, 21 April 2009
Menangani Tekanan Kerja
Atas alasan itu, ramai tidak kisah memilih pekerjaan diluar bidang pengajian dan taraf berikutan menganggap wang lebih penting bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi selain diperlukan untuk membayar pinjaman.
Apa pun jenis pekerjaan dilakukan, itu bukan perkara pokok kerana apa yang perlu ditekankan bagaimana seseorang yang baru mula bekerja ataupun sudah lama, menghadapi tekanan ketika ditempat kerja mereka.
Menurut risalah dikeluarkan Kementerian Kesihatan, tekanan bekerja boleh berlaku apabila individu kurang jelas dengan objektif dan struktur organisasi yang dinaunginya selain tidak berpuas hati dengan perkembangan kerjaya, status dan gaji ditawarkan.
Selain itu, tugas membosankan dipercayai mampu menjadi punca seseorang stress dan perkara itu tidak dapat dinafikan kerana memang naluri semulajadi manusia tidak menggemari sesuatu yang menimbulkan jemu.
Konflik interpersonal seperti membabitkan perhubungan antara lain menjadi penyumbang kepada tekanan ditempat kerja apabila individu hilang fokus untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya dan melihat semua perkara membebankan.
Bagaimanapun, tekanan ditempat kerja mampu dielakkan jika kita bijak menanganinya termasuk tahu cara terbaik menghiburkan diri apabila terasa berada dalam tertekan.
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah meningkatkan sokongan sosial ditempat kerja iaitu menjalinkan persahabatan sesama rakan sekerja dan berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai.
Selepas itu, cuba praktikkan permikiran yang rasional dan positif kerana pemikiran negatif hanya menimbulkan salah faham antara kita dan pihak lain seperti rakan dan mungkin juga majikan.
Untuk itu apabila keadaan itu berlaku, jangan sesekali biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan serta gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif tadi dengan keterangan lebih menasabah.
Selain itu, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam menangani tekanan kerana komunikasi yang baik membolehkan kita meluahkan pendapat dengan jelas, tepat dan tegas selain menggunakan fakta, bukan mengikut perasaan.
Seterusnya, bagi mengelakkan tekanan, cuba tangani setiap kritikan dengan baik kerana melalui cara itu kita sebenarnya berusaha mengubah diri daripada cepat melenting kepada seorang lebih terbuka dan "cool".
Cara menangani kemarahan pula dengan mengikuti tiga langkah penting iaitu berhenti seketika sambil mengakui anda sebenarnya sedang marah dan cuba bertenang.
Kemudian rancang fikiran anda mengikut kebijaksanaan dan bukan emosi, seterusnya bertindak menggunakan daya tindakan yang lebih berkesan.
Dengan cara itu, akan lebih menjadikan seseorang tenang dalam menghadapi apa jua keadaan mendesak serta mampu mengamalkan cara hidup sihat termasuk bersenam, beriadah dan meditasi menggunakan muzik.