Ahad, 3 Mei 2009

Panduan Elak Kemalangan

Salam Sejahtera...

Pada hari Selasa 28hb April lalu saya telah mengalami kemalangan kecil iaitu saya telah terlanggar kereta dihadapan saya pada kelajuan 30km/jam, pada waktu itu trafik agak perlahan kerana orangramai berebut untuk pulang kerumah pada pukul 5.30pm. Kereta Kembara dipandu oleh seorang wanita melayu dan ditemani oleh adik perempuannya mengalami sedikit kerosakan pada kanggaroo bar dan mudguard.

Tapi apa yang ingin saya kongsikan disini ialah keramahan pemandu wanita tersebut menghilangkan rasa panic saya, tidak seperti yang pernah saya lihat pada kemalangan yang membabitkan pertengkaran dan diakhiri dengan pergaduhan. Disini juga saya ingin berkongsi panduan untuk mengelak kemalangan yang mana mungkin dapat sedikit sebanyak membantu dalam perjalanan seharian kita.

Setiap tahun puluhan ribu kemalangan jalanraya dicatatkan, terutama ketika musim perayaan yang bukan saja menyebabkan kehilangan nyawa, malah turut menyebabkan kerugian harta benda, bayaran gantirugi oleh syarikat insuran, siasatan polis, kes mahkamah serta tekanan emosi dikalangan mangsa.

Sebahagian kemalangan itu boleh dielak jika semua pemandu mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk memastikan keadaan kenderaan sentiasa sempurna, terutama sebelum perjalanan jauh, mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan, bersabar dan mematuhi peraturan lalulintas.

Kadang-kadang, hanya kerana mahu berjimat atau suka bertangguh, tidak menukar tayar atau pad brek yang sudah haus menjadi punca kemalangan maut, menyebabkan kehilangan orang tersayang, berikut ialah sedikit panduan yang diharap dapat membantu pembaca menjadi pemandu berhemah.

SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.

JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had laju yang ditetapkan dalam apa jua keadaan.

SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta anda dengan kenderaan dihadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, lebihkan jarak kereta anda dengan kenderaan dihadapan atau belakang.

KETIKA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.

JANGAN pandang secara tepat lampu kereta dari arah hadapan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih kebahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tibia-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalanraya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.

MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.

KETIKA memandu di lebuhraya sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong tiba-tiba untuk keluar.

JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.

ELAK memandu ketika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti untuk menikmati secawan kopi panas yang pasti membuatkan diri anda lebih segar dan peka.

ANDA
dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap bendalir brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan penggilap cermin sekurang-kurangnya sekali seminggu.

PERHATIKAN kereta dihadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

JIKA anda ingin mengubah lorong, sentiasa memandang kebelakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

PERIKSA keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalanraya terutama sekali ketika memandu didalam cuaca buruk.

TEMPAT paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun kebawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.

Demikianlah sedikit sebanyak panduan yang dapat dikongsikan untuk keselamatan kita bersama. Dan saya berharap ianya memberi manfaat kepada kita sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan